Tiba lamunan saya menggamit rindu pada
wajah awak. Izinkan saya memanggil awak dengan awak saja. Lebih santai
untuk kita mungkin. Walau saya tahu beza umur kita, awak selayaknya
dipanggil abang. Itu kalau benar wajah yang saya genggam ini milik awak.
Benarkah?? Ah, hilang sudah malu saya awak.. mungkin tampak dimata
awak, saya terlalu terburu, sering meroyan, dan apa saja yang awak fikir
tentang saya.. ketawakan saya? Biarkanlah.. serasanya mengenali awak
buat saya timbul segala rasa itu.. awak sering buat saya ketawa dan jauh
berangan.. benar, bukan mainan.. yang sering menghambat saban waktu dan
ketika.. walau ada kadang jua terselit segan mahu menyentuh, melambai
awak datang dekat pada saya. Ingin terus ketemu awak agar saya bisa
menatap terus wajah awak tanpa rasa ragu dan segala wasangka terhapus.
Saya ingin benar ketemu awak!. Biar hanya sekejap waktu. Hanya mahu
melihat awak dalam dunia sebenar. Berdebarnya saya tika ini.
Seringkah
saya mudah rasa percaya walau hanya sekadar bertinta kata tanpa memberi
maksud apa. Mungkinkah satu kebetulan?.Buat saya tiba jadi terpaku diam
terus memikir, mentafsir segalanya terpusat tentang rentak awak. Hampir
buat saya larut dalam ombak rindu dan cinta ini makin lama makin terus
menghambat jiwa saya. Benarkah cinta yang ada pada saya ini untuk awak?
Atau sebenarnya hanya saya yang melayan angau pada bayang yang tak
wujud? Mungkin sekadar bertepuk tangan sebelah?. Pada watak yang
sebenarnya hanya sekadar rekaan penghibur, penglipur lara tarian penari
maya? Kenapa hati saya sering saja menidakkan tentang awak? Bila datang
suara yang memungkinkan saya menjauhi awak.. tinggalkan awak.. hapuskan
tentang awak. Siapakah awak yang sebenarnya?? Milik siapakah hati awak
sebenarnya? Mencintai milik orangkah saya?. Siapa pun tentang awak saya
tetap terima. Kalau benar hati awak telah dimiliki.. saya tetap
mendoakan kebahagian dan kesejahteraan hidup awak. Itu tetap janji saya
pada tiap bicara tinta, hadiahkan untuk awak. Mengalir airmatakah saya?
Aliran airmata ini biar saya simpan dalam hati saja. Mungkin awak tak
perlu tahu. Biarkan saja saya..
Mengenali tentang awak, membawa
larut cinta awak.. seakan saya merasa ini cinta pertama saya.. unik,
hangat dan sentiasa bergelora ombak kerinduan walau sebenar kita
langsung tak pernah ketemu mahupun bersentuh nyata. Aneh sekali saya
rasakan. Saya juga boleh berhadapan dan berinteraksi dengan baik semua
lelaki tanpa rasa benci selumbar. Dalam diam awak mengasuh minda saya.
Kelakarkan?. Kalau dulu berjumpa kaum adam pasti wajah saya bagai
menelan asam kecut atau sering digelar sombong bongkak tak padan dengan
wajah macam nenek kebayan? Nek Nak?. Tong drum!! Mangkuk tingkat?
Boroi?? Ketawakan saya? Keajaiban cinta dari awak, buat saya insafkan
diri.. mula perbaiki tentang kelemahan saya.. banyak yang telah berubah
tentang diri saya.. Benar, awak tidak pernah menyuruh. Kita pun langsung
tak pernah berbicara.. Masakan kita boleh berbicara sedangkan awak
langsung tak pernah mengetuk dan membuka pintu dengan jelas.. Itu hanya
sekadar mahu saya..
Semakin hebat rasa cinta ini saya genggam
untuk awak, ada yang datang dekat cuba menyentuh hati saya.. saya tiba
jadi bisu... keliru.. sendu merantai hati saya. Tak terluah apa yang
dirasa saat ini pada dia.. perlu berterusterangkah? atau perlu
berbohongkah saya??.. tiada jawapan... Tak bisa suara pada dia.. pada
mereka.. Marahkan teman kerana memperkenalkan dan cuba memperjodohkan
kami?... tidak sama sekali. saya tahu niat dia ikhlas mahu saya hidup
berdua dari sunyi dan sepi.. perlu ada pelindung melewati saat usia
sehabis hayat.. saya tahu, kadang saya terlalu mendera dia.. sebagaimana
awak mendera hati dan fikiran saya.. tanpa keputusan yang jelas hanya
mampu beri jawapan dalam tersirat.. saya tahu itu sakit dan
menyeksakan.. bukan saya membalas pada dia..tidak sama sekali.. tapi
hati ini.. telah saya cuba.. dan cuba.. mengapa berat untuk saya berikan
padanya segera?.. tidak seperti pantas dalam diam saya serahkan pada
awak tanpa terus saya kenal siapa awak?.. tidak bertuahkah dia buat
saya?.. atau sebenarnya saya ini memang tidak bertuah untuk sesiapa..
dia atau awak.. atau saya ini sebetulnya sudah benar gila? Selalu suka
mengejar bayang-bayang?
Menolak dan membiarkan dia terus.. tanpa
kata putus, pasti dia terluka hebat.. itu mungkin.. cuba dan belajar
menerima dia seikhlas mungkin.. mampukah saya nanti menjadi isteri yang
baik? Bolehkah saya membahagiakan dia nanti sebagai suami saya? Melayan
baik segala permintaan dan karenah dia?? mungkin boleh.. tapi.. makan
masa!! bersikap zalimkah saya?
Awak.. saya buntu!! Lekas.. ajari
saya untuk lupakan awak.. itu kalau awak mahu saya lupakan awak??!!..
sungguh payah untuk saya hapus wajah awak.. dan, saya memang tak mampu
untuk melupakan awak.. berikan saya jawapan jelas apa sebenarnya yang
awak rasa.. adakah saya dalam hati awak??.. terus terang dengan saya
tentang teka teki awak.. agar mudah untuk saya pandu hati ini.. saya
perlu melakukan keputusan!. Biar keputusan itu nanti membahagiakan saya,
awak atau dia? atau melukakan hati saya, awak atau dia??.. Bantu saya
awak..
Maafkan saya melayangkan warkah ini disini.. bukan niat
mencari publisiti murahan atau sengaja menebar bahan cerita sekadar
tampalan blog. Kerana saya tak tahu, mahu diarah atur letakkan warkah
ini.. saat ini hati saya berlagu sendu.. mahu terus kepada awak.. saya
sudah terlalu segan kini dengan awak.. mungkin warkah ini terakhir dan
terpanjang hadiahkan buat awak.. saya biarkan disini untuk awak
menatap.. itu seandai awak melawat saya disini.. atau mungkin nanti hati
awak terdetik untuk merayau disini.. sekali lagi maaf jua saya pohon
atas terlayangnya warkah ini.. awak tetap istimewa dihati saya.. peace
love!
No comments:
Post a Comment