Saya percaya...
Kalau
kita pernah buat pada seseorang, tak kisah la dia tahu atau tidak,
suatu hari nanti orang akan buat baik pada kita pula. What goes around,
comes around.
Hidup ni umpama roda. Kejap kita
di atas, kejap kita di bawah. Bila kita berada di atas puncak, jangan
pernah kita lupakan apa yang membuatkan kita berjaya. Dan bila kita
berada di bawah, di saat kita tersungkur, jangan pernah kita berputus
asa. Sentiasa yakinkan diri bahawa kita akan kembali bangkit. Motivate
yourself, no matter how much you've been hurt, how much you cried, but
please..keep move on. Masa lalu bukan untuk dikenang tapi dijadikan
pengajaran.
Saya percaya..
Kalau
kita pernah nasihat benda yang baik-baik pada seseorang itu, nescaya
dia akan nasihat kita sampai bila-bila. Kalau tidak, masakan junior saya
sewaktu saya berada di POLISAS boleh tegur saya di facebook dan cakap
yang dia masih ingat akan kata-kata saya sewaktu saya menjadi salah
seorang Ahli Tertinggi Kelab DSK, dan katanya .."Kak Farah, saya masih ingat yang akak pesan pada saya yang dalam hidup ni tak semua benda kita akan dapat" .. Syukran my sis, sekurang-kurangnya masih ada yang ingat pada saya walaupun jasa yang ditaburkan tidaklah seberapa.
Saya percaya..
Kalau
kita buat jahat pada seseorang walaupun setitik dakwat pen, satu hari
nanti akan hadir insan lain pula untuk buat jahat pada kita. Macam tu
juga ketika kita mempermainkan hati dan perasaan seseorang, mungkin
sekarang kita bangga sebab kita dapat buatkan orang menangis kerana
kita, kita bangga sebab kita tahu yang kita digilai ramai..Tapi
percayalah, satu hari nanti akan hadir seseeorang untuk menitiskan air
mata kita.

Saya percaya..
Kalau
kita tak pernah cuba untuk percayakan kata kata seseorang, satu hari
nanti bila kita cuba untuk memberitahu sesuatu, orang tidak akan pernah
percayakan kita lagi. Ye, memang sukar untuk kita percayakan orang luar
lebih-lebih lagi jika melibatkan orang yang kita sayang tapi kita juga
perlu sedar, orang yang kita sayang tu tak selamanya betul.
Saya percaya..
Seandainya
kita pernah dilukai, Tuhan tidak akan membiarkan luka itu berdarah lama
didalam hati kita. Pasti suatu saat nanti Dia akan menghadirkan
seseorang untuk mengubati luka itu. Jangan pernah takut untuk merasa
kehilangan kerana Tuhan tidak akan mengambil seseorang yang kita sayang
melainkan Dia menggantikan dengan lebih baik lagi.

Saya tidak tahu mengapa saya
menulis entri sebegini petang ni, tapi apa yang saya tahu, saya
terjemahkan apa yang hati saya cuba katakan ke dalam bentuk penulisan
supaya boleh dikongsi bersama :)
No comments:
Post a Comment