aKu TeTaP aKu! ! !

aKu TeTaP aKu! ! !
FyRaRa KnUyAc

Tuesday, 13 November 2012

Kebahagiaan Bukan Senang !

Memang sakit & perit bila terputus di tengah jalan. Nak capai kebahagiaan bukan senang (ayat ex-bf). Allah akan uji macam-macam pada setiap perhubungan tu. Kalau Allah tak uji masa tu, maybe Allah akan uji selepas tu..
Manusia.. Maybe pada dasarnya mereka boleh memisahkan & memutuskan perhubungan dua insan. TAPI ingat, selagi kau manusia biasa, selagi itu kau tak boleh pisahkan dua hati perasaan nie. Zahirnya kau boleh pisahkan. Tapi, hati & perasaan kedua-dua insan nie kau tak dapat leraikan.. Walaupun kau boleh guna bomoh, guna sihir untuk pisahkan orang lain & seksa orang lain, tapi ingat, kau takkan terlepas. Maybe sekarang kau senang. Maybe sekarang kau boleh lepas di dunia yang sementara nie. Tapi di hari pengadilan nanti, kau tak akan terlepas.. Kau nak kesenangan yang sementara @ kesenangan yang kekal selamanya ?
Bagi aku, selagi aku ada agama, bukan sekadar agama, selagi ada Iman dalam dada, Iman dalam diri, selagi aku waras & tak gila, aku takkan buat macam tue kat orang.
Segalanya aku serah pada Allah swt. Dia yang memberi, Dia yang berhak mengambilnya semula. Aku tak kisah kalau aku tak bersama orang tu sebab orang lain nak pisahkan aku dengan dia. Aku tak kisah. Sebab Allah lebih tau. Apa gunanya Allah yang mencipta kita kalau bukan pada Dia kita memohon ampun & meminta pertolongan ?
Istikharah.. insyaAllah Allah akan bagi kita petunjuk.. Yakin dengan hati. insyaAllah, apa pun keputusan aku lepas nie, semuanya kerana Allah yang bagi petunjuk kat aku. Aku hanya minta tolong Allah selesaikan dalam hal ni, aku hanya minta Allah bantu aku buat keputusan, aku hanya minta Allah untuk menentukan aku buat pilihan yang mana 1.. Tak susah, tak senang. Tapi Allah ada..
Just sharing.. Thanks for reading ;)

No comments:

Post a Comment