.:: Suatu Ketika Dulu ::.
.
Assalamualaikum.
Syukran..!
Alhamdulillah bersyukur pada yang Esa
kerana di beri peluang untuk terus berada di ruangan ini. Dan jutaan
terima kasih buat kalian yang sudi singgah di ruangan blog serba
serdehana ini. Al-maklumlah, sebelum ini blog sunyi sepi dan di biarkan bersawang berminggu-minggu. Huhuhu.
Semasa blog ini di biarkan sunyi seketika
dulu, aku tidaklah pula terus melupakan blog ini. walaupun hubungan di
antara kami belum pun cukup setahun. Tapi yang pasti aku pasti tidak
akan lupakan blog ini. Satu-satunya tempat aku menulis dan bercerita.
Mana boleh lupa. Sentiasa ingat oo… tapi nak buat macam mana, keadaan
tidak mengizinkan.
Kalau dah blog yang baru setahun pun aku
sukar untuk lupakan, inikan pula hubungan dengan manusia yang hampir
cecah puluhan tahun. Lagilah aku tak mudah lupa, baik yang di sayangi
mahupun yang tidak di senangi. Bukan mudah untuk kita lupakan sesuatu
perkara lagilah pula untuk melupakan silaturahim di antara manusia.
Betul tak?
Tapi kadang-kadang terasa juga bila kita
saja yang tahu menghargai setiap yang ada di depan mata, walhal yang
berada di depan mata pula langsung tidak mempedulikan kita. Yang
pastinya bukan rasa oren yang kita dapat. Tapi rasa sakit hatilah yang
kita kompom dapat. Ye dak?
Perlu di ingatkan, insyaALLAH dengan
izinNYA, aku bukanlah seorang yang pelupa tentang sesuatu perkara.
Dengan izinNYA jugalah aku akan sentiasa ingat setiap perkara yang
penting dalam hidup aku. walaupun perkara itu amat pahit untuk di
kenang, aku tetap ingat apatah lagi yang masam manis segala. Lagilah aku
ingat beb…!
Dan untuk kali ini, mohon jutaan kemaafan
kerana aku bukannya tidak sengaja, tapi AKU MEMANG SENGAJA untuk lupa
dan SENGAJA tidak bertindak apa yang patut aku lakukan. Tapi tak
keseluruhan, sebaliknya aku dah get ready apa yang patut ( Hanya DIA
saja yang Tahu). Manalah tahukan..huhuhu (Cehh..! ada pengharapan di
situ )
Dan setiap apa yang akan terjadi hari ini
aku redha atas kehendakNYA. Dan janganlah kalian ingat aku kejam sangat (
Cuma kejam sikit je..hihihi..) Sebab apa yang aku lakukan untuk
mengajar diri sendiri tentang menghargai dan pengharapan.
Jadi,ayuh kita sama-sama hargai apa saja yang wajib kita hargai dan barulah tanam pengharapan yang sudah pasti. Barulah betul…!
Chayokkk…!!
No comments:
Post a Comment