Saya sentiasa doakan awak.
Sikit pun takde perasaan dendam, benci kat hati ni. Semoga awak berjaya
dalam kerjaya awak, dalam bidang awak. Saya happy sebab awak semakin
berjaya. Siapa pun awak suatu hari nanti, jangan pernah
lupa pada orang-orang yang pernah bantu awak, berkorban untuk awak,
yang pernah bersama awak, jangan lupa pada pemberi nikmat, rezeki, serta
kejayaan ni. Kat mana pun awak berada, semoga tetap dalam agama yang di
redhai. Kejayaan bermula dari bawah, dari kecil yang menjadi semakin
besar. Jaga solat, jaga diri, jaga akhlak, jaga aqidah. Semua orang buat silap dan bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka. Itu je yang saya harapkan selama saya kenal awak.
Saya juga pernah menerima awak seadanya & saya pun tak kisah siapa awak. Saya tak pernah sebut,
tak pernah ungkit, tak pernah membandingkan pun walaupun; awak yang
mengungkit perbezaan saya dengan awak. Tapi, jika awak boleh cari orang
yang lebih dari saya, jika orang tu lebih segalanya dari saya, lebih
berakhlak, aqidah tinggi, agama mantap, baru saya rasa menyesal buat
macam ni kat awak. Tapi kalau setakat orang tu gitu je, saya hanya
senyum je la. Nak gelak pun ada. Ada yang elok, hanya tinggal sikit lagi perlu merubahnya, tapi kenapa pilih yang lebih buruk ?
No comments:
Post a Comment