aKu TeTaP aKu! ! !

aKu TeTaP aKu! ! !
FyRaRa KnUyAc

Saturday, 17 November 2012

awak yang saya sayang, bukan milik saya.

pernah tak awak rasa, saat awak berjumpa dengan someone yang betul-betul sekepala dengan awak, yang betul-betul memahami awak, yang betul-betul sayang awak macam awak sayangkan dia, tapi awak terpaksa terima kenyataan bahawa dia bukan milik awak?

pernah tak awak menangis sekuat hati dan kalau boleh nak satu dunia tahu keperitan yang awak lalui di mana hati awak betul-betul terluka kerana dia bukan milik awak, bagaimanapun sukar untuk awak 'erase' dia dalam hidup awak?

pernah tak awak menjerit sekuat hati melepaskan segala beban awak namun orang yang bukan milik awak tu masih berada dalam hati awak?

pernah tak saat awak betul-betul rindukan dia, teringin sangat nak berjumpa dengan dia, sampaikan terbawa dalam mimpi ingin berjumpa dengan dia hampir setiap hari sedangkan dia bukan untuk awak?

pernah tak awak terfikir kenapa Allah pertemukan awak dengan dia sedangkan ternyata dia bukan milik awak dan awak tertanya-tanya adakah mungkin dia bukan jodoh awak sekarang, tapi jodoh awak akan datang?

pernah tak awak rasa sakit hati yang teramat sangat melihat si dia dengan orang lain sedangkan dia tahu betapa sayangnya awak pada dia? tapi, dia bukan milik awak.

percayalah, Allah takkan menduga hambaNya dengan dugaan yang hambaNya tak mampu hadapi. walaupun saya luaran nampak bahagia, dalaman saya hanya Allah sahaja yang tahu. segala pahit manis, saya telan sendiri. tapi saya sedikit pun tak pernah mengalah mahupun mengeluh.

sesungguhnya Allah hanya ingin yang terbaik buat kita. dan janganlah kita mengalah ataupun bersedih di atas sesuatu kehilangan. 

No comments:

Post a Comment