aKu TeTaP aKu! ! !

FyRaRa KnUyAc
Wednesday, 7 November 2012
Hatiku Mula Terdetik apabila Air Mata Mula Mengalir
Tiap kali aku berfikir kenapa Allah sentiasa memberi ujian kepada
hambanya. Aku bersyukur kerana diberi ujian setiap kali aku mula
melangkah ke arah sesuatu yang membinasakan aku dan kadang kala membuat
aku alpa dan leka. Ujian acap kali mengajarku erti rendah diri, hormat
pendapat orang lain dan memahami keadaan orang lain. Terima kasih Ya
Allah kerana memberi aku ujian. Aku tidaklah setabah Siti Hajar.
Walaupun ditinggalkan di padang pasir yang tandus dengan kudrat seorang
wanita, dia tetap bangkit meneruskan kehidupan dalam segala kepayahan.
Semua ini tidak mungkin dapat diharungi oleh wanita biasa-biasa yang
tidak memiliki jiwa yang cukup tabah. Aku mudah mengalirkan air mata
namun aku cuba juga kuatkan diri dan menganggap ianya penyuntik semangat
untuk aku terus bangun mencari pengalaman hidup yang cukup bermakna.
Kadangkala aku mempertahankan perasaanku namun Kadang kala aku tewas dan
tika saat itulah air mata berderai jatuh sehingga hati ini mampu
ditenangkan kembali. Aku tidak mampu untuk mengadu kepada sesiapa kerana
aku merasakn mereka ini tidak pernah paham apa yang terjadi kepada aku
kerana hanya kau Ya Allah yang sentiasa memberi harapan bahawa hidup
ini perlu diteruskan~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment