CONTEST SAYA SAYANG AWAK :)
Awak , saya tak banyak duit , tapi kalau awak nak ,
saya boleh bagi kasih sayang yang nilainya lebih tinggi dari wang ringgit .
Awak , saya tak mampu nak beli kapal terbang untuk awak ,
tapi saya boleh buat awak bahagia sampai rasa seperti di awang-awangan .
Awak , saya tak boleh beri awak kereta mahal-mahal ,
tapi saya boleh jadi kereta awak yang awak boleh pandu ke mana-mana .
Awak , saya tak kuat untuk berlawan dan bertumbuk dengan orang yang cari pasal dengan awak ,
tapi saya boleh sentiasa berada di sisi awak untuk bagi semangat hingga awak mampu melawan seorang diri .
Awak , saya tak mampu nak belikan awak kamera Dslr jenama Canon atau Nikon ,
tapi saya boleh cipta kenangan terindah yang awak akan ingat sampai bila-bila walaupun tanpa gambar .
Awak , saya mungkin tak pandai masak sedap-sedap ,
tapi saya akan pasti kan awak sentiasa tersenyum kerana perut yang kenyang .
Awak , saya mungkin tiada senyuman yang indah untuk buat hati awak cair ,
tapi saya boleh bagi anak yang comel-comel senyumannya untuk tambat hati awak dengan izin Dia .
Awak , saya tahu awak mungkin tak mampu beli rumah mahal dan mewah ,
tapi saya boleh hias rumah kita nanti dengan memori terindah sampai awak tak nak keluar rumah .
Awak , saya mungkin tak mampu untuk jadi yang sempurna dimata awak ,
tapi saya boleh beri kasih sayang yang sempurna buat awak selamanya .
Awak , saya mungkin bukan perempuan terbaik yang pernah awak kenal ,
tapi saya akan pastikan awaklah manusia paling beruntung sebab dapat kenal dengan saya .
Awak , saya mungkin tak mampu nak redakan kemarahan awak dengan kata-kata saya,
tapi saya akan peluk awak dengan penuh kasih sayang sampai awak lupa awak tengah marah .
Awak , mungkin awak bukan yang pertama pernah duduk dalam hati saya ,
tapi awak sudah pasti akan jadi yang paling akhir dan kekal menjadi penghuni hati saya .
Awak , saya mungkin tak boleh nak bawa kapal terbang ,
tapi saya boleh bawa awak rempit naik motor besar sebab saya ni minah rider hehe
Awak , saya mungkin tak boleh halang awak dari basah terkena hujan ,
tapi saya cuba sehabis baik supaya tak pernah sekali pun hati awak dihujani kesedihan .
Awak , saya mungkin tak lembut macam perempuan lain .
tapi saya boleh jadi perempuan paling manja yang awak pernah kenal .
Awak , saya mungkin bukan seorang perempuan yang boleh dibanggakan ,
tapi saya mungkin boleh jadi isteri yang gah dihati awak sampai kawan dan keluarga awak pun terpegun.
Awak , saya mungkin tak mampu nak beri awak kata-kata semangat ,
tapi saya akan beri doa seorang isteri untuk awak setiap kali saya solat supaya awak berjaya. .
No comments:
Post a Comment