aKu TeTaP aKu! ! !

aKu TeTaP aKu! ! !
FyRaRa KnUyAc

Sunday, 27 October 2013

bosan wey!

 assalamualaikum. . *tiup habuk*


 haha dah berhabuk blog nih tak dijenguk. haii you all :)

 Rindu kite tak? rindu tak? mesty rindu en en? *kenyit mata*
 hehe gediks pulak. Now cuti study week yg membosankan. 
 membuatkan kite takde mood nak study. arghhh tidak! 
 final exam semakin dekat. Hmm hmm , now kat rumah sewa 
 kat villa tropika nih. Bosan wehh, semua balik. Tinggal kite  dengan shera je. shera pulak pegi siapkan assignment dekat Gmi  sane. Tinggal lahh  kite sorang sorang.Ummu nihh mane cepat lahh  balikkkkk. hee. dah pishang teruk da  nihh. 

Friday, 27 September 2013

Kawan merupakan sesuatu yang penting dalam hidup kita. Hampir keseluruhan hari kita bersama kawan kita. Pemilihan kawan sangat penting bagi membentuk diri kita. Ada jugak pendapat yang cakap kawan nii lah yang bentuk kita. Sebab kalau kawan kita tuh tak elok, tak senonoh, mesti kita p0n jadik macam tuh jugak kan?

MY LOVELY PRINCE

Assalamualaikum. . hello sayanggg -_- awak mesty baca blog saya nih :)

Saya update pasal awak nii. tapi awak nak ke baca? adee ke masa untuk jenguk blog saya nii? k pape jee lahh. sayanggg thanks sudi jadik boyfie saya. sekarang nii layanan awak serius buat saya makin sayang dekat awak, btw kebelakangan nii kite asyik gado je macam ade je yg tak kena. Tapi alhamdulillah sayang saya terhadap awak tak pernah berkurang, hope awak pon sama :) sayang, saya rindu awak, saya sentiasa ingat awak, kekadang saya selalu berharap awak sentiasa muncul dalam mimpi saya, saya selalu bayangkan muka awak, walaupun awak jauh di mata saya, saya tetap berharap awak sentiasa dekat di hati saya. saya nak CINTA HATI saya tahu bahawa takkan ada orang lain selepas dia, n takkan pernah tertutup walaupun sesaat hati nii untuk terima kekurangan awak sebab bagi saya, awak yg terakhir bergelar CINTA HATI saya. saya mintak maaf saya langsung tak mampu jadi sebuah pelangi yg indah untuk awak. tapi saya akan berusahauntuk jadi bintang yg indah berkelip di hati awak. terima kasih YUSMI :) INSYAALLAH .
Terima kasih awak sebab sudi mengisi kekosongan dalam hati saya, saya nak bila suatu hari nanti saya pegi meninggalkan dunia nii, awaklahh org pertama yg berada disisi saya dan menyedekahkan surah Al-Fatihah, surah yassin untuk saya, InsyaAllah jika awak CINTA HATI saya sampai ke harini :) saya sentiasa berdoa agar awak akan menjadi CINTA HATI saya yg halal untuk saya, dan akan menjadi imam saya. saya nak awak tahu saaya tetap sayangkan awak. 

Friday, 6 September 2013

My Future Husband? I HOPE ^^

Assalammualaikum sayang-sayang eira semua? Hello apa khabar? hehehe rasanya semua readers eira sihat-sihat je kan? Hari nie eira nak sharekan dengan korang semua who is my hubby. Hahaha korang semua ada bf/gf kan? '' titeww p0n adewww -,- '' . Hehehe selalunya orang akan tanya eira couple dengan siapa sebab eira selalu tukar relationship dekat facebook and eira jarang layan p0n IM lelaki. Kira kategori sombong lah nie. ehh takpon sebenarnyee. Hahaha so hari nie eira akan sharekan and enjoy reading.okkayy ?
So!eira tak ingat bila tarikh kitaorang kenal, dia nih asal Perak, nak tahu siapa nama dia ? Mohammad Yusmi Bin jamaludin :) umah dia and kampung abah eira dekat. so, Senang lah kan? Hamm ada korang kesah? -.-' . Okayy kita teruskan. dia sama umur dengan eira,  alhamdulillah selesa selepas 18/8/2013 time tuu bufday dia kiteorang declare. eira harap jodoh kali nih kuat, sebab terpisah selama setahun lebih dia still cari eira then boleh in relationship macam sekarang. hope dia boleh jadik yang terbaik." Saya sayang awak sorang je Yusmi''
 .
HEYY sayang, Thanks sebab hadir dalam hidup i . i nak you tahu yang i love you so much and i taknak kehilangan you. I bahagia and happy dengan you. i selalu rindukan you, think about you and love you. So i taknak you fikir yang i akan tinggalkan you. Even you rasa i akan buat macam tu kan? after kita jumpa nanti? Please okay, takmau fikir macam tu. i bukan macam yang you fikirkan. I ikhlas dengan you. Thankyou untuk everything. .  i harap you takkan tinggalkan i and sentiasa sayangkan i. Sorry if kadang-adang i merajuk and marah-marah you. i rindukan you sangat! And sayang. apa-apa p0n i berterima kasih sgt and i gembira dengan semua tu. Hmm you paling handsome and comel. Haha jangan lupa untuk selalu senyum. I love you so much, I miss you and i need you in my life. Muahhh :*

Sorry lah kalau korang menyampah. '' Blog aku kan? Suka hati aku lah! ''Hahahaha! Okay lah semua. Sampai sini je kot. Oupsss! sebelum eira lupa, jeng jeng jengggg ~



im not single ? boleh caya ke ? yess! kali nih boleh percaya.

Assalamualaikum. . 

23.6.2013 ? Kenapa dengan tarikh nih ? hmm, okkay untuk tarikh nih mengingatkan saya time awak mula-2 beranikan diri call saya and bagitahu siapa awak selepas agak setahun lebih awak menghilangkan diri tanpa kata. Saya terkejut dan tak percaya orang yang pernah saya sayang dulu tetiba muncul semula. saya rasa macam saya bermimpi, sebab apa ? sebab selepas saya da tak contact dengan awak saya cuba untuk move on. saya cuba untuk lupakan semua kenangan saya dengan awak masa saya sekolah kat teknik kerian. bukan mudah untuk saya lupakan semua. ambik masa yang agak panjang , tambah tambah time tuu saya nak exam SPM, awak buat saya macam takde hati dan perasaan, awak tipu saya, awak buat saya sayang awak time tu. hmm, lepas awak call saya malam tuu  awak mintak maaf. Sumpah saya rindu suara awak, rindu gelak ketawa awak. Rindu semuanya kenangan dengan awak. esoknya 24.6.2013 awak ajak saya keluar sebabnya saya dah nak balik Bangi. time tuu saya masih ragu-ragu dengan awak. saya takut saya tertipu untuk kali kedua. saya taknak benda yang sama berulang. saya takut kalau awak masih dengan perempuan tuu ! cukup lahh saya dah kena tipu dengan awak dulu. esoknya tuu kita keluar, saya tak sangka saya dapat jumpa awak yang dulu yang pernah saya sayang . kita keluar tengok wayang sesama. saya happy sangat. Sejak tuu awak selalu text n call saya, hampir setiap hari. awak cakap awak tak pernah lupakan saya n kenangan kita. thanks awak. 

Tuesday, 30 July 2013

perit !

Sabar sebab menunggu ? Sangat perit tahu. . 

Hari-hari yang mendatang membuatkan aku kalah dengan kesabaran sendiri. Hanya dengan sabar manusia mampu tenangkan aku. Ahh ! manusia juga sama seperti aku. Menangis sekarang bukan peneman aku. Tapi mungkin akan datang dan menjadi isi dan kuku aku. Manusia memang konflik.

“Kau tahu,
menunggu dia seperti menunggu sesuatu yang tak mungkin”

“Aku tahu. Terima kasih ingatkan aku. Jasamu dikenang.”

Kau ingat senang nak lepaskan sesuatu yang telah aku genggam selama 3 TAHUN ? Kau tahu dia seolah-olah ada sesuatu yang tak mungkin akan mati dalam hati aku ? Kau tahu dia seolah-olah darah yang mengalir dalam tubuh aku ?

kau tahu ?

tak tahu ?



sila diam.

 

 

Semua salah aku -.-

Salah aku, aku minta maaf -.-


Dulu suatu ketika dulu aku penah tulis tentang kalau bukan salah kita mengapa perlu minta maaf. Sekarang hati, jiwa dan raga aku terdetik untuk tulis tentang ini pulak. “salah aku, aku minta maaf”
Manusia, kalau salah diri sendiri sila minta maaf. Dalam kes ini, memang tak ada apa lagi yang perlu perbesarkan kecuali si pemaaf tak nak maafkan manusia itu. Mesti ada sebabnya. Tapi apa ? Sila cari puncannya sendiri. Terima Kasih. .

 

[ I’m sorry if I make you bla bla bla ]

 Kalau aku salah pada manusia yang lain p0n aku minta maaf. (yeke nie ? tak caya. Tak caya ) Yee. Betul dan sangat betul. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku tahu, kata-kata dari percakapan aku serta tulisan membuat ada manusia yang tersentap. Maaf.
Tiada niat aku untuk membuat sedemikian. Percayalah. Aku manusia biasa yang ada kelemahan yang nyata. Jadi, sila bagi tahu aku secara terbuka kalau aku buat salah kerana aku adalah manusia yang sengal dengan alam sekeliling. Maaf sekali lagi. =)


 
[ awak boleh bunuh saya kalau awak mahu ]


Manusia tak pernah lari dari kesilapan. Berjuta aku pohon maaf pada sesiapa p0n yang terasa dengan perbuatan aku. (sambil hentuk-hentuk kepala pada dinding) ! SILA LEMPANG DAN TENDANG AKU LAJU-LAJU ! Janji lepas nie takde lagi persengketaan. Maaf maaf kali ke-3 kali. =.=’’

Agak-agak, aku memang manusia yang dilahirkan untuk menyakitkan hati orang agaknnya. Ataupun aku memang dilahirkan dengan manusia-manusia yang cepat terasa. Confuse dengan situasi sekarang. Biar aku kaji diri aku untuk seketika. :)

 

 

Apa itu Cinta Platonik?

Assalamualaikum semua.


tetiba aku nak cerita pasal CINTA PLATONIK . okay okay. cinta platonik tu ape erk? menurut Wikipedia ;


Cinta Platonik adalah sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud.
Istilah ini diambil dari salah satu bahasa Yunani, Plato, terutama dari karyanya Symposium, yang tertulis bahawa cinta akan wujud daripada kebaikan adalah dasar dari semua kebajikan dan kebenaran.
Istilah Amor Platonicus, telah digunakan pada awal abad ke-15 oleh Marsilio Ficino, sebagai sinonim daripada "Amor Socraticus," yang merujuk kepada kasih sayang antara Socrates dan murid-muridnya.

biasanya, cinta platonik nie melibatkan dua orang lelaki dan perempuan. so.. maknanya kat sini, lelaki dan perempuan yang rapat. rapat lebih dari kawan tapi langsung takde perasaan cinta. hanya kasih sayang yang ada pada mereka. ceyywahh. ayat skema habis aku neh haa. cinta platonik ney jugak ada melibatkan antara manusia dengan haiwan, barang peribadi, da
n macam-macam lagi. haha merapu lahh kau neh eiraaa oiii !





tapi kan, pernah dengar, serapat mana p0n lelaki dan perempuan tuu , memanglah diorang kata 'hanya kawan', tapi lama kelamaan akan wujud jugak satu perasaan lain selain sayang. iaitu CINTA. kan? banyak jer kot yang tangkap cintan dengan kawan baik sendiri. haaa.. baik ngaku cepat. hehe. tak kata semua okay. kebanyakan sahaja.

awakk! saya mintak maaf :)


Terukir Di Bintang

kenapa ! kenapa !

Kenapa tetiba dia muncul balik dalam hidup aku ? kenapa ? kenapa ? sumpah kalau apa yg org dh buat kat aku sampai mati aku ingat . tapi aku tak kejam sampai tak memaafkan kau . aku boleh nak baik ngn kau , tapi bila aku pk balik apa kau dh buat . sumpah sakit hati ! time aku sayang kau gila2 , kau tak nampak .

no one is perfect ~

Saturday, 27 July 2013

Assalamualaikum. awak! saya rindu awak-awak semua! saya rindu nak makan udara dekat blog awak semua. saya rindu nak stalk awak semua :P seriously. awak tak rindu saya? hee. tak pe. saya terima je apa-apa yang awak rasa. saya redha :P 
sorry banget semalam tak update. ketandusan idea nak tulis apa. tak ada apa yang menarik pun kott semalam. cuma semalam , macam orang yang tak ada masalah negara lansung. gelak je. keluar semua ilmu aku. haha. macam orang yang mentally ill. ececeyh. tiba-tiba perkataan mat saleh terlepas :P lemah je rasa diri nih sekarang , bagai nak demam , batuk , muntah , pening kepala semua ada =( Ya Allah .

There is always somebody that loves you. ALWAYS♥. you just need a lot of patience, hope and always trust ALLAH knows what is wright for you :)


~saya rindu sangat2 dengan awak yang "dulu" :')

Thanks untuk hadiah neh Sam =)

boleh tak titew nak shayank awak ? hehe (kenyit mata)


Thursday, 27 June 2013

Mencari yg sempurna sememangnya susah , tunggu dan tunggu kebahagiaan pasti akan datang . belum sampai masanya :)









Sometimes, saya akan jaga hati awak. Saya sanggup kecewa, asalkan awak bahagia. Bukan mahukan simpati, hanya tunjukkan pengorbanan diri .

Alangkah indahnya bila awak sentiasa bersama-sama saya walau dimana pun saya berada. Mesti hidup saya seperti pelangi yang berwarna warni .

Lelaki yang setia hanya menyimpan satu nama perempuan di dalam hatinya, walaupun dia sedar masih ramai yang lebih cantik dari buah hatinya .

Dear awak, saya harap awak dapat dengar dan baca hati saya. Saya harap awak dapat tengok betapa ikhlasnya saya sayang awak. Sangat berharap.

Jangan sesekali membenci seseorang yang telah melukakan hati kita, kerana orang itu jugalah yang pernah membuatkan kita tersenyum gembira .

Perempuan kalau dia dah putus cinta, dia akan cuba sedaya upaya nk lupakan Ex dia. Tapi susah utk melupakan sampai air mata dia mengalir .

Kadang-kadang kita terpaksa buat keputusan yang salah dan menyakitkan hati kita cuma kerana nak tgk org yg kita sayang bahagia dan senyum .

Kalau dia sayang awak, dia takkan tinggikan suara dia, takkan tinggikan ego dia, takkan abaikan dan lupakan awak. Selalu ada masa dgn awak .

Walaupun saya bukan orang yang "Pertama" muncul dalam hidup awak, tapi saya selalu berharap saya akan jadi yang "Terakhir" buat awak .

Bila saya sayang awak, saya tetap sabar dengan awak walaupun awak tak text saya and tak call saya. Saya selalu tersenyum walau hati menangis

Perempuan inginkan seorang lelaki yg boleh bimbing dia. Sayang dia dgn hati yg ikhlas. Terima kelemahan dia. Terima dia dengan hati terbuka.

Kehilangan seseorang yang amat kita sayang mesti susah untuk kita terima. Walaupun masa tu kita dah ada orang yang boleh membahagiakan kita.

Cemburu membuktikan yang kita takut akan kehilangannya, tapi ingat ! cemburu yang berlebihan akan membuat kita kehilangannya.

Saya syg awk seumpama saya sayangkan keluarga saya. Sbb itulah saya syg awk dan sbb saya ingin menjadikan awk sebahagian dari keluarga saya.

Perempuan sememangnya lemah. Perempuan sememangnya suka menitiskn airmatanya. Perempuan mudah cair dgn lelaki yg akn betul betul syg kn dia

Sebab awak saya cemburu, sebab awak saya kenal erti cinta, sebab awak saya ada perasaan rindu, itu semua sebab awak orang yang saya saying

Janganlah kamu mencari pasangan yang terlalu sempurna dimata kamu, Tetapi carilah pasangan yg telah menyempurnakan hidupmu dengan caranya .

Selalunya perempuan suka katakan dia nak menyendiri tapi percayalah dia sebenarnya memerlukan seseorang untuk menenangkan hatinya .

peringatan untuk diri =)

Saya buat benteng antara awak dan saya supaya saya tak lalai dari mengingati Allah dan saya nak lindung hati saya dari kecewa.Saya jauhkan diri dari awak sebab saya bimbang wujud kenangan antara awak n saya then menyebabkan saya terluka .Saya taknak lalaikan awak sebab cinta manusia membuatkan sesiapapun alpa.Saya nak kita saling menjaga,moga Allah redha. Jazakallah kerana buat-buat tak kenal saya semata-mata nak jaga iman,kerana taknak semua tindakan awak terhadap saya adalah dari hasutan syaitan,kerana taknak saya kecewa sebab awak n saya tau belum tentu awak dicipta untuk saya.Semua kata,jodoh kita adalah cerminan diri kita,so saya nak jadi yang terbaik dengan harapan jodoh saya sebaik saya ^_^ dan ustazah kata,suami isteri yang soleh dan solehah akan berkahwin lagi kat syurga nanti.tapi mungkin saya akan cemburu sebab lelaki yang soleh dapat ramai biadadari kat syurga nanti L

Untuk Awak , sape sape ? Awak lahh Encik Jodoh Saya Suatu Hari Nanti :)

Assalamualaikum. . Awak , saya akan kumpul kekuatan supaya 100% redha dengan takdir Allah dan pada masa yang sama,kalau petunjuk istikharah positif  ^__^  Keredhaan Allah kan terletak pada keredhaan ibu bapa saya . TAPI, saya nak mendaulatkan Allah nombor satu,Allah dan Rasul tetap yang pertama bagi saya (bukan awak! Jadi tolong jangan lalaikan saya dari mengingati Allah) dan cita-cita saya tetap sama yakni baiki diri,hati dan iman untuk menjadi muslimah solehah (sebaik-baik hiasan dunia) biarpun payah dan menjadi penghuni Jannah insyaallah lebih indah dari bidadari syurga,semuanya FILLAH[oh,cita-cita saya memang tinggi melangit 0_O ]

Kadang-kadang rasa kita sayang seseorang sangat-sangat. Sampai rasa kitalah orang yang paling-paling sayang kat dia. Terlupa, rupanya Allah lagi sayang dia. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

selagi mana saya hidup di atas muka bumi Allah ini . Saya janji , saya akan jaga awak sebaik yang mungkin . Saya takkan biarkan mana-mana manusia menyakiti hati awak .

Saya akan berusaha untuk menjadi yang terbaik dan menjadi pelindung awak . Saya akan lindungi awak sebagaimana Edward melindungi Bella .

Saya akan jaga awak selagi mana Allah masih ingin saya terus bernyawa di bumiNya ini . Selagi saya mampu . Dan saya ingin melindungi awak selama-lamanya .

Tapi , saya tak boleh berjanji untuk menjaga hati awak kerana hati ini adalah sejenis benda yang sangat sensitif . Sedikit kekhilafan saya mungkin akan menyebabkan awak sakit hati .

Namun begitu , saya ingin awak tahu yang saya juga manusia biasa . Tidak akan pernah sempurna . Sentiasa dipenuhi dosa dan tidak akan bisa menyenangkan awak selalu . InsyaAllah kalau saya dijodohkan dengan awak suatu hari nanti :)

Kita sentiasa cuba elak dari menyakiti hati orang lain, sedangkan hati sendiri sdg disakiti. Kita sentiasa cuba elak dari melukai hati orang lain, sedangkan hati sendiri sdg dilukai. Kita sentiasa cuba elak dari org lain jatuh hati pd kita, sedangkan hati sendiri sdg jatuh hati pd yg x hak. Kita sentiasa cuba elak dari pelbagai sesuatu perkara yg x baik demi org lain, sedangkan diri sendiri sdg menjadi mangsa keadaan.

Semua orang mampu jatuh cinta. Namun tidak semua orang mampu kekal mencintai seseorang itu sampai bila-bila seperti yang telah dijanjikan...

Saya tak pernah kira berapa kali awak LUKAKAN hati saya kerana hidup saya untuk menyayangi bukan untuk membenci...

Cubalah menjadi bahagia walau terkadang ada duka , belajarlah menjadi insan yg redha pada setiap ketentuanNya kerana kita perlu tahu cintaNya ada bersama ujian yg kita rasa ... Alhamdulillah

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu

Saturday, 15 June 2013

I am a daughter, a sister, a niece, a cousin, a friend. I am a partner, a student, a young girl and a grown woman. I am scared and confident, terrified and excited. I am caring and loving. I am shy and friendly. I am hardworking and determined, but a little scared on the inside. I pray to Allah and cry my tears. I smile on the outside, while im dying on the inside. one more thing I do believe in what they say a 'TRUE LOVE'.
NUR SHAHIRA ATIQAH :)

ehem ehem . cuti sem kembali . 5/6 last paper proficiency english then bermula lha cuti sem 3mggu yg amat membosankan >< kalau boleh aku taknak cuti n aku taknak jauh dgn roomate2 yg tersayang . sebab bagi aku diorang lha yg menceriakan hari2 aku . Saat aku gembira , sedih semua ketawa bersama , menangis bersama . Serius talk , aku sayang semua . Lepas neh daftar sem 3 , 27/6/2013 . pejam celik , pejam celik huh mcm tak caye kejap je aku da nak masuk sem 3 . Semua kenangan dari sem 1-sem 2 masih segar dalam ingatan , bahaha . dah kenapa tetiba ? hee . Rinduu ouh nak lepak dgn semua , nak story mory , nak menyanyi , melalak dalam bilik tu . Banyak kenangan dekat bilik A446-A448 n A302-A304 . Kenangan yg mengajar aku erti persahabatan bila menjadik pelajar IPT .

~ Mereka lha si jantung hati ku~

Sunday, 5 May 2013

Saya anggap diri ini sbgai Krayon, saya mungkin bukan warna kegemaran awak, tapi saya tahu suatu hari nanti awak akan perlukan saya untuk mewarnai dunia awak :)


Missyou & Iloveyou so much SAHABAT :*







Dear Liyana Bt Zakaya >< kita sayang awk. dulu awk selalu ada disaat kita memerlukan awk, Terima kasih erk sudi jadi sahabat kita. Kita harap Allah sentiasa dekatkan kita mcm dulu balik. Sumpah awak sahabat baik kita dunia & akhirat. InsyaAllah . Kita menangis bila tengok gambar2 kita dgn awak dulu last kita bergambar time form 4 mungkin. Kita sayang awak sangat2, Rindu awak. . Awak janji jangan lupakan kita tauuu. Kita mintak maaf kalo kita tak pernah jadik sahabat yg awak anggap baik. Tapi kita jujur sayang awak. <3




tarik nafas lega? ouhh noo !

Alahaiiii, tapi tapi tapi sekarang kan, ada yg boley tarik nafas lega then ada yg tak boley. kenapa ?

Exam?
Test semua da abeh, walaup0n terumbang-ambing. Berharap Final yg akan datang b0ley buat yg terbaik. InsyaAllah.
Rumah?
blom settle, tggu nak bayar deposit masuk rumah dekat Villa Tropika tu 2/6 nih.
Kereta?
Perghhh, berangan je lha dulu iraaaaa!
Barang?
banyak barang blom settle, yg inginkan blom dapat. hihi
Cinta?
Manismanis saja,*menipu itu dosa* okay tak jadi, hakikat sangat pahit. lagi pahit dari daun kesum belakang rumah makcik kalsom. hahaha ><

Okay, mo0d sekarang p0n swing semacam. Ape ntah lagi tak kena .
Yang penting , tak sabar nk balek umah. semanis manis kurma, manis lagi rumah sendiri . kihkih. .
Hoiiii family dekat rumah, kakak nak balek nih. . Sediakan payung sebelum hujan eh? sediakan kompang dan carpet merah. lalalala :)

Hati itu umpama kaca :)

Susahnya nak jaga hati semua orang kan . kadang kalo sibuk jaga hati orang , hati kita sendiri yg sakit . takpe ira! biar org buat kite , jangan kite buat orang . okkay ?
Entry kali nih aku nak cerita psl apa ehh ? aku pon tatahu, yg pastinya aku tak sabar nak balik umah. rindu ibuuuu, abah, adek semua. 15hari lagi aku nak final.Ya Allah , sesungguhnya aku tak bersedia lagi. Apa apa pon aku masih blom terlambat utk study semua bab bab yg akan masuk dlm final. Wahai jumaat, cepat lhaaa! nak balikkkk! yahooo -.- boleh tak aku nak cerita pasal dia? siapa dia? aku pon tatahu. mungkin encik jodoh. haha. berangan kejap. korang semua penah tak lelaki bagi ayat mcm ny. .
'Awak,saya sayang awak.saya janji saya akan jaga hubungan hingga akhir hayat' . Aku berani kerat kuku la weyh, konfom ramai yang pernah cakap ayat2 gula macam nih kan kan . Pakai seluar merah, piraaaah!! Sebulan pertama boley la weyh, kal0 dah sampai setahun memang tak la. Kau hal kau, aku hal aku. bet0l takk? Tapi bukan semua macam nih ,ada jer segelintir yg benar2 menjaga hubungan dengan baik. Syukur la masih ada :) akuu ? humm, no komen. masih tercarik carik. Mr Right aku siapa lha kan ?
Bagi aku aku kal0 bercinta jer memang selalu buat salah. Kita selalu fikir masa depan dan masa sekarang adalah sama. Hakikatnya!kita takkan tahu masa depan kita. semua tuu kena berusaha untuk dpt masa depan yg lebih baik. tapi kita takkan penah tahu siapa jodoh kita, mungkin orang terdekat kita atau org yg tak penah kita kenal . :)

kadang-2 aku rasa mcm nak sangat disayangi n menyayangi seseorang tuu, tapi aku tak kuat. tak kuat nak tempuh semua tu. aku tanak cinta monyet yg menyakitkan hati mcm perangai monyet. opzz, sorry monyet sebab salahkan kau >< hihi. InsyaAllah kalo jodoh tuu dtg dgn baik aku akan jaga dgn baik , aku takkan sia-sia kan. Dalam hubungan mesti ada 'give and take' jangan tahu nak give me 5 je! Tolak ansur tu perlu. Bukan susah umpama menjawab exam p0n. kankan? Jangan asyik letak beban kat satu pihak je, dah nama p0n bercinta mestilah libatkan dua pihak . So,segala beban masalah problem tanggung sama2 lhaa. 'Beat your problems today and move forward' .Tak seronok lah tangguh2 nih kan ? Masa awal2 dulu. . Segala sifat mahmudah ada dalam diri. . jujur, setia, percaya, sweet bagai semua lengkap. Dh lama ckit je,mula la sifat2 mazmumah tu masuk dalam jiwa. Ini kes iman tak kuat la nih. haha. . Cammon lhaa, kal0 dh sayang bagai nak rak. Jaga la baik2 . Ini tak, mulut cakap sayang tapi perangai belakang2 kalah ayam. Apa cerr ? ? Haish, kal0 dh tanak p0n. Be gentleman/woman la bhaii. Dump cara terhormat jangan nak buat macam pasangan kau tu buta perut buta hati, kang tak pasal kat muka ada kaki . Baru nak sedar tinggi rendah langit ! Take note ckit macha minachi semua. Jangan anggap semua manusia sama. Dh kulit p0n tak sama warna, inikan pula hati. Berbeza tahuuuu! haha penat aku merepek sorang sorang terasing salam bilik sepi nih.0kkay okkay, Aku bukanlah pelajar jurusan cinta di universiti of love, zimbabwe tuu. Tapi aku cuma pelajar KPTM BANGI, and perempuan yang punyai hati. . pergh ayatt. haha. Hati kita seperti kaca, sekali terluka, hancur lha akibatnya . hihi -.-


Friday, 3 May 2013

Doa mohon cinta pada Allah :*


Susah nak duga -.-

Hidup nie susah kita nak duga , kadang-kadang kita rase dekat sangat dengan orang tu , tapi sebenarnya jauh. . walaup0n kita dapat capai dan genggam tangan dia , tapi bel0m tentu hati dia kita dapat selami. . mungkin kita dapat buat dia ketawa tapi kita tatahu apa makna senyumannya. .bila dia menangis , kita sangka kita dapat memujuknya. . padahal, kehadiran kita langsung tak disenanginya . kita takkan tahu sape teman dan sape lawan sehingga lha sampai masanya kita jatuh.. adakah tangan itu menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkan ? selalu aku beringat utk diri aku sendiri :)

skrg nih baru aku faham, bercinta selepas kahwin adalah jauh lebih indah. Sebab apa ? Cinta tak selalu bersama jodoh, tapi jodoh akan selalu bersama cinta :*

“Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman, “Di manakah orang yang cinta-mencintai karena keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menunggu-Ku di hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku.” (H.R Muslim)

Tuesday, 12 March 2013






Saya harap awak sudi tunggu saya sebenarnya,
Saya perlu sedikit masa lagi untuk baiki diri
Lebih bersedia,
Lebih beriman,
Tapi jika awak dah tak mampu bersabar ,
It's ok, saya doakan awak bahagia.
awak mmg patut dpt yang lebih baik.

What ? PinKy GirL?

  

CinTa ?



                                          

Cinta kepada Allah, cinta abadi :)

Assalamualaikum dan bismillahirrahmanirrahim :)
Everyone makes mistakes, everybody should have the chance to be forgiven and start all over :'>

Kalau ada jodoh, ada lah tu ennn? hihi. gatal pulak minah nie cerita pasal jodoh segala. tak tak. tolong jangan salah faham. ayat tu saya selalu sangat cakap dekat kawan saya yang seorang tuuu. dia dilema memilih yang di sana, atau yang di sini. ala-ala lagu di sana menunggu di sini menanti korang tahuuu? hebat kan?

Bagi saya, saya lebih suka dilihat sebagai diri saya yang tak sempurna, biarlah mereka tahu saya tidak tahu itu tidak tahu ini, dari mereka melihat kesempurnaan saya yang konon baek sangat. I'm glad to be me even it's hard to be me. Kite tak boleh la mencintai orang laen sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum kita mencintai Allah. simple kenn? Jangan cepat percaya. kenapa? entahlah itu pendapat saya. sekarang susah cket untuk saya percaya pada sesiapa. Pengalaman mengajar kita menjadi lebih berhati-hati. saya tak nak benda yang sama, yang menyakitkan saya, berlaku dua kali. 


“Tanda-tanda kalau dia jodoh kita itu ada dua:
1. Dipermudahkan
2. Mendekatkan kita kepada Allah
Kalau tidak ada dua-duanya, bererti dia bukan jodoh kita.

Dalam proses nak ubah diri jadi lebih baek. bukan tahu berkata-kata dan menulis namun hati sedang berusaha untuk pergi ke arah tuu, payah namun berusaha. sebab orang selalu kata; Cakap memang senang. tapi ingat senang ke nak lakukan? tapi, kalau ada usaha, insyaAllah boleh kan? kan? kan? hihi =). excited lhaa ><
 
Pssstttt : Lebih kuat iman awak, lebih besar ujian Allah untuk awak. itu tandanya, Allah sayang awak lebih tuuu. be strong. bangga lah sikit :)

                            Saya suka awak yang tengah baca nie ♥                                                                     

Crush ? Susah kan ? :D

Err, crush? korang tahu kan? ala. . contoh ; si A suka si B. kira perasaan si A tu dikira crush lhaa. dalam erti kata mudah, SUKA. haha. aku saja nak kasi pening. takpe kan,jgn marah><

Kawan-kawan aku pulak, hampir semua sama keadaan dia. peminat diorang meluahkan perasaan dengan ayat syahdu, menusuk kalbu. .meluahkan rasa suka diorang tuu. tapi lepastu? elok-elok diorang kawan baik sebelum tuuu, terus rosak hubungan tu. rasa janggal. kan korangg? jgn tipuu , aku tahuu ***

Kalau seorang lelaki dan seorang perempuan berkawan baek, sangat besar kemungkinannya untuk salah seorang daripada mereka tergelincir dan jatuh. Jatuh cinta dekat kawan baek tu.

Susah kan macam tuu? complicated. tak salah kalau kite nak cuba dekat dengan orang yang kita crush tuu. tapi, seeloknya jangan terus bagitahu tiba-tiba jee. slow-2 :D macam takded angin, takded ribut tiba-tiba ada pelangi.( bak kata roomate tersayang aku Tinie) . erkk? erkk? hahaha. apa-apa lah. korang faham kan? nanti tak pasal-pasal dia akan jauhkan diri daripada kau. lagi teruk lepas tu kau kena gelak dengan orang laen pulak. seperti jatuh ditimpa bangunan pulak nanty.ngeh3~
Kalau dia kawan baek kite, lagi lhaa. nanti dah lha kau tak ramai kawan, lepas tu kau hilang dia pulak. walaweyh! memang dahsyat! kal0 boleh, kite tanak orang yang kita suka tuu jauh kan diri daripada kite kenn ? entah. terpulang pada korang sendiri lhaa. kal0 orang tu ada perasaan yang sama macam kau jugak, takpe lha. beruntung lha korang :)
 
Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa. =) ingat tuu ~

Tapi kan, crush nie selalu datang tanpa diundang . ada crush tuu bersifat sementara. contoh? ala. . kau nampak pakwe hensem masa kau dekat cafe , kalau kau perempuan , terus kau kata ; weyh! hensem k0wt budak tuu. comel je. smart weyh! sem bape ek? korang kenal tak? kalo lelaki, kau kata ; wohaaa. comel awek tu weyh!section bape ek? haha. ye kee? ececeyh. tanak mengaku pulak. tapi, kalau crush macam tu, jangan fikir sangat lhaa. tapi jangan jugak paksa diri kau nak buang perasaan tu. biarkan je. benda tuuu normal untuk semua orang okayy? Soal cinta adalah soal rasa, ia tidak terbina dari urat, daging atau tulang tetapi ia rasa yang terbina dalam hati. Di daerah rasa ini tidak ada yang tua atau muda. Di daerah rasa ini tidak ada permulaan, pertengahan atau pengakhiran.

Cikgu sejarah saya kata, seseorang tu boleh jatuh cinta banyak kali. pagi nie dia pergi beli sayur,  dia kata ; oh. aku jatuh cinta. kejap lagi dia pergi kedai nak beli lolipop , dia kata lagi ; oh. aku jatuh cinta :)

Jadi, tak payah pening-pening okayy? make it simple. kalau awak kata susah, sebab tuu dia jadi susah. cuba kata senang, mesti dia jadi senang. the moral of the story, setiap yang terjadi tuu, cabaran dalam hidup. tade cabaran tuu, mesti hidup rasa bosan, kosong. setiap yang terjadi tuu, adalah yang terbaek untuk awak yang Allah dah tentukan ♥

Psssstttt ; Luka di hati, Allah saja yang tahu. terima kasih awak. saya takkan lupa.



Saya suka awak yang tengah baca nie♥

Hak Cipta Terpelihara Fyraraknuyac yg comel. aumm. ahaha~

Apa Yg SaYa UpDaTe iaLah aPa Yg sAya FiKiRkAn =)

Assalamualaikum dan bismillahirrahmanirrahim :)
You light up my world like nobody else ♥

Ehhhhh. esok cuti lagi kan? lusa p0n cuti lagi kan? walaaaweyy! awak jangan lhaa jeles sangat. kite cuti sampai hari Ahad awakkkkkk. tahu tak cuti apa ? okkay okkay kite bgtahu , hee . kite cuti midsem selama seminggu . Now , kite dekat Mentakab , Pahang . Bercuti rumah makngah kite dekat Cney . ohh. betapa gembira nya hati. errr, entry kali nie lebih kepada peribadi. awak nak baca? terpulang. kalau awak tak faham, awak tolong lah buat-buat faham. terima kasih. =)
Tadi saya terjumpa benda nie ; Google kata, saya ada semua. Facebook kata, saya kenal semua orang. Internet kata, tanpa saya, korang semua tak ada laaaa. Elektrik pulak kata, helooo! nampaknya korang dah lupa pasal saya. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ 
Kelakar. tapi logik kan? dalam dunia nie, semua benda bergantung antara satu sama laen. lebih kurang macam ecosystem yg awak belajar masa form 2 lhaa. semua benda saling memerlukan. contoh? kita perlukan oxygen untuk terus hidup. mana datang nya oxygen tu? daripada pokok. macam mana pokok tu boleh hasilkan oxygen tu? dengan bantuan carbon dioxide yang kita lepas kan jugak en?

 Apa lagi contoh yang boleh bagi ekk? manusia perlukan makanan untuk terus hidup. dan makanan perlukan manusia untuk makan dia untuk mengelakkan dia daripada basi. haha. boleh macam tu? boleh lah. macam basikal perlukan rantai untuk bergerak. dan rantai perlukan basikal untuk meberikan khidmatnya. 

Sekarang kite masuk segmen peribadi. Macam tu jugak saya. saya perlukan awak. yeee. awak. awak yang bernama sahabat dan kekasih. tolong lhaa. saya tak boleh memilih. kerana saya perlukan awak dan juga awak. jangan buat saya pilih. saya belum mampu. andai kata awak tak boleh terima dia, saya tak boleh memaksa. cuma satu saya minta, saya tak nak memilih antara awak atau dia. saya perlukan awak berdua. saya harap awak faham. bukan niat saya untuk buat hubungan kita jauh, cuma sekarang, saya masih belum mampu untuk memilih. 



Kepada awak yang seorang lagi, saya sayang awak. saya jugak sayang dia. awak tak boleh kata yang awak tak risau pasal diri awak, awak cuma risau pasal saya. awak takut saya gila? haha. kejam k0wt bila awak cakap macam tuuu. tak. jangan risau. saya masih berada di tahap yang masih boleh dikawal lagi. kalau saya gila, hantar je saya jauh-jauh. awak berdua sanggup ada untuk saya masa saya nangis-nangis tuuu. haih! malu lhaa. awak berdua jugak sanggup kol saya untuk pastikan saya okay.



Awak selalu kata, jangan risau. saya sentiasa ada untuk awak. awak lepaskan je. awak nangis je. lepaskan semua yang ada dalam hati awak. luahkan je. saya diam. bukan saya tak nak bagitau awak, cuma saya tak reti. . saya bukan jenis yang meluahkan perasaan macam orang laen.Cyeslyy , saya tak reti nak buat macam tu. awak berdua lebih faham saya kan? kalau saya reti macam mana nak luahkan semua, dah lama saya buat macam tuu. saya diam bukan tanda saya marah. jangan salah faham. mungkin awak berdua p0n tak faham kenapa lhaaa perangai saya macam tu kan? mengada-ngada -.-' opzz ><


Percayalah, kalau boleh, saya p0n tak nak susah kan hidup awak berdua. tapi dh jodoh awak berdua kena tahan dengan saya, nak buat macam mana kan? hahaha. saya mintak maaf kalau tingkah saya, kata-kata saya ada yang dah melukakan hati awak berdua. Cyeslyy, saya tak pernah berniat nak buat macam tu. cuma, kadang-kadang tu ada lhaa :P


Saya tak pernah marah awak, mahup0n awak. awak berdua sama penting untuk saya. 




I wish you’ve never been so sweet, I wish you weren’t too special, I wish you never became my world. The problem is you are. I wish I didn’t know you and I wish I didn’t love you. The problem is I do T____T

Pssssstttt : Ehhh, emotional nya entry nie :P

Saya suka awak yang tengah baca niee ♥

kawan sebab apa? tolong sebab apa?

orang kata kawan tu lagi berharga dari sebutir permata. orang kata kawan tu adalah segala-galanya selepas keluarga. tapi sejauh mana kita menghargai kawan kita sendiri? pernah saat kita terlalu menghargai sesebuah persahabatan, tapi kita tak pernah dihargai?

nak berkawan sangat mudah. tapi nak mengekalkan persahabatan itu bukan mudah. ada yang berkawan sebab duit. ada yang berkawan untuk mengambil kesempatan. ada yang berkawan sebab terpaksa. eh ada ke gitu? takpelah, yang penting berkawan kena ikhlas. tolong p0n kena ikhlas.

sebagai seorang kawan, takkan lah kita nak tengok kawan kita sendiri dalam kesusahan kan? kalau tak boleh tolong dia sebesar mana p0n, tolong yang mana kita mampu pun dah kira baik. tapi perlu tak kita mengungkit? tak perlu.

dalam persahabatan, 'tolong menolong' itu dah dikira wajib. sebab dia kawan kita, wajib kita tolong dia bila dia dalam kesulitan. tapi kalau kita tolong dia sebab nak dia balas budi kita, itu bukan tolong namanya. itu boleh diklasifikasikan sebagai 'jual budi'.

budi baik bukan untuk dijual wahai kawan. kalau kita ikhlas, kita tak minta jasa kita dibalas. kenapa perlu mengungkit semua pertolongan yang dah diberikan? pandai-pandailah orang tu nak hargai macam mana. mungkin tak nampak secara kasar, tapi secara fitrahnya? Allah sahaja yang tahu macam mana dia menghargai semua pertolongan kita.

rasanya tak perlu kot nak ungkit setiap satu apa yang perlu seseorang itu tolong kita sebab kita sendiri tahu perbuatan ungkit tu tak bagus kan? mungkin ada cara tersendiri di mana kita boleh mengungkit tentang sesuatu TAPI bertempat. 

sebelum kita mengungkit tentang sesuatu, fikirlah apa yang pernah orang itu tolong kita. mungkin pertolongan dia tak sebanyak mana. tapi sekurang-kurangnya dia pernah hulurkan bantuan untuk kita. begitulah manusia, bertindak tanpa berfikir. saya harap anda bukan begitu :)

awak yang saya sayang, bukan milik saya.

pernah tak awak rasa, saat awak berjumpa dengan someone yang betul-betul sekepala dengan awak, yang betul-betul memahami awak, yang betul-betul sayang awak macam awak sayangkan dia, tapi awak terpaksa terima kenyataan bahawa dia bukan milik awak?

pernah tak awak menangis sekuat hati dan kalau boleh nak satu dunia tahu keperitan yang awak lalui di mana hati awak betul-betul terluka kerana dia bukan milik awak, bagaimanapun sukar untuk awak 'erase' dia dalam hidup awak?

pernah tak awak menjerit sekuat hati melepaskan segala beban awak namun orang yang bukan milik awak tu masih berada dalam hati awak?

pernah tak saat awak betul-betul rindukan dia, teringin sangat nak berjumpa dengan dia, sampaikan terbawa dalam mimpi ingin berjumpa dengan dia hampir setiap hari sedangkan dia bukan untuk awak?

pernah tak awak terfikir kenapa Allah pertemukan awak dengan dia sedangkan ternyata dia bukan milik awak dan awak tertanya-tanya adakah mungkin dia bukan jodoh awak sekarang, tapi jodoh awak akan datang?

pernah tak awak rasa sakit hati yang teramat sangat melihat si dia dengan orang lain sedangkan dia tahu betapa sayangnya awak pada dia? tapi, dia bukan milik awak.

percayalah, Allah takkan menduga hambaNya dengan dugaan yang hambaNya tak mampu hadapi. walaupun saya luaran nampak bahagia, dalaman saya hanya Allah sahaja yang tahu. segala pahit manis, saya telan sendiri. tapi saya sedikit pun tak pernah mengalah mahupun mengeluh.

sesungguhnya Allah hanya ingin yang terbaik buat kita. dan janganlah kita mengalah ataupun bersedih di atas sesuatu kehilangan.

Jgn Sedih Sangat Boleh Takk Awak ?

I am not a 'better something than nothing' person. More of a 'better nothing than not everything' one. Kufur nikmat booking tempat kat neraka.

I am a pusher. I am addicted to pushing.

Daripada aku ter sayang lebih orang yang tak dapat sayang aku sebanyak mana aku sayang dia, lebih baik aku tolak dia jauh dari aku. Lebih baik sakit sekarang daripada nanti. Walaupun sakit lama. Tapi sakit mana pun pasti akan berakhir. Sakit mana pun lama-lama pasti akan immune. Alah bisa tegal biasa. Biasa, tapi belum alah bisa.