aKu TeTaP aKu! ! !

aKu TeTaP aKu! ! !
FyRaRa KnUyAc

Tuesday, 12 March 2013

kawan sebab apa? tolong sebab apa?

orang kata kawan tu lagi berharga dari sebutir permata. orang kata kawan tu adalah segala-galanya selepas keluarga. tapi sejauh mana kita menghargai kawan kita sendiri? pernah saat kita terlalu menghargai sesebuah persahabatan, tapi kita tak pernah dihargai?

nak berkawan sangat mudah. tapi nak mengekalkan persahabatan itu bukan mudah. ada yang berkawan sebab duit. ada yang berkawan untuk mengambil kesempatan. ada yang berkawan sebab terpaksa. eh ada ke gitu? takpelah, yang penting berkawan kena ikhlas. tolong p0n kena ikhlas.

sebagai seorang kawan, takkan lah kita nak tengok kawan kita sendiri dalam kesusahan kan? kalau tak boleh tolong dia sebesar mana p0n, tolong yang mana kita mampu pun dah kira baik. tapi perlu tak kita mengungkit? tak perlu.

dalam persahabatan, 'tolong menolong' itu dah dikira wajib. sebab dia kawan kita, wajib kita tolong dia bila dia dalam kesulitan. tapi kalau kita tolong dia sebab nak dia balas budi kita, itu bukan tolong namanya. itu boleh diklasifikasikan sebagai 'jual budi'.

budi baik bukan untuk dijual wahai kawan. kalau kita ikhlas, kita tak minta jasa kita dibalas. kenapa perlu mengungkit semua pertolongan yang dah diberikan? pandai-pandailah orang tu nak hargai macam mana. mungkin tak nampak secara kasar, tapi secara fitrahnya? Allah sahaja yang tahu macam mana dia menghargai semua pertolongan kita.

rasanya tak perlu kot nak ungkit setiap satu apa yang perlu seseorang itu tolong kita sebab kita sendiri tahu perbuatan ungkit tu tak bagus kan? mungkin ada cara tersendiri di mana kita boleh mengungkit tentang sesuatu TAPI bertempat. 

sebelum kita mengungkit tentang sesuatu, fikirlah apa yang pernah orang itu tolong kita. mungkin pertolongan dia tak sebanyak mana. tapi sekurang-kurangnya dia pernah hulurkan bantuan untuk kita. begitulah manusia, bertindak tanpa berfikir. saya harap anda bukan begitu :)

No comments:

Post a Comment